Jauh di pedalaman suatu belantara wujud sebuah desa
kecil. Di sana, kelihatan kecoh anak muda berkumpul sedang melakukan sesuatu. Mereka
punya sebuah hobi aneh. Mereka sedang mengumpul katak-katak yang dijumpai di
kampung tersebut. Tiap-tiap katak tersebut kepunyaan setiap anak muda di
kampung itu. Masing-masing berbangga dengan mendakwa katak mereka lah yang paling hebat. Boleh melakukan
itu dan ini.
Lalu mereka ingin menguji, katak siapa sebenarnya yang paling gah. Mereka mengumpul segerombolan katak tersebut dan diletakkan bersama di dalam sebuah baldi besar. Katak yang mula-mula berjaya melompat keluar daripada baldi tersebut akan dianggap pemenang.

Perlawanan bermula.
Tiap-tiap katak tersebut mula melompat sejurus dilepaskan ke
dalam baldi. Sorakan padu dan arahan tegas dikeluarkan oleh anak-anak muda
tersebut, seolah-olah katak itu boleh memahami. Lompatan demi
lompatan dilakukan, cubaan demi cubaan diberi, namun semua usaha terbunuh dek
dihalang tembokan baldi yang agak tinggi.
Ganjil.
Dalam kalangan kawanan katak tersebut, terdapat seekor katak
yang ganjil. Dia langsung terduduk. Tiada sebarang reaksi meskipun rakan-rakan
yang lain memberi sepenuh daya dan usaha cuba melompat keluar. Walaupun
teriakan mahupun cacian silih berganti diberi oleh tuannya dan rakan- rakan
pemuda itu, dia tetap duduk tenang. Tidak memberi sebarang tindak balas. Hanya
memerhati.
Selang beberapa ketika..
Setelah cubaan demi cubaan menemui kebuntuan, katak-katak
yang bertungkus-lumus mengikut arahan tuannya tadi akhirnya kehabisan tenaga, lalu mati.
Jelas kelihatan raut kecewa pada wajah anak-anak muda mengenangkan kematian
katak mereka. Satu persatu mati akibat kepenatan.
Setelah semuanya mati terbaring atas satu dengan yang lain, tinggallah seekor katak ganjil tadi. Dia mendongak ke atas dan melihat kehadiran cahaya dari luar baldi. Lalu, dengan menggunakan badan rakan-rakan amphibianya sebagai tangga, dia melompat dan melompat dari satu ke satu badan katak yang lain, lantas berjaya keluar dari baldi tersebut.

Katak pekak.
Sebenarnya, katak yang berjaya keluar itu punya kelainan
upaya. Ia telah hilang kebolehan mendengar. Kekurangan itu akhirnya memberinya kelebihan
berbanding katak normal yang lain. Itulah sebabnya walau pekikan serta cemuhan diberi, dia
tetap dengan dunianya.
Pengajaran?
Kadang-kadang, kita perlu menjadi seperti katak tersebut. Pekak. Dalam usaha
kita mencari hidayah Allah, barangkali tidak semua persekitaran meraikan
perjalanan kita. Ada kalanya tika kita ingin berubah, sampai ke telinga ajakan-ajakan melakukan perkara yang tidak ingin kita lakukan. Meskipun kita
telah biasa melakukannya dahulu, kerana ingin berhijrah, kita tolak. Apabila
ditolak, pelbagai tohmahan pula dilemparkan. Walau niat kita baik, barangkali
tidak semua mengerti. Barangkali juga sukar untuk kita menerangkan. Dalam
situasi seperti ini, kita perlu jadi seperti katak pekak. Tegas dengan
pendiriannya. Usah menggadai agama demi dunia yang sementara. Mungkin sukar
pada mulanya, tapi percayalah, wujud kemanisan di penghujung likuan kesukaran.
Seperti kisah rambutan*(akan diceritakan kemudian). Ayuh rebut cinta Allah sebelum cinta manusia!
Maka..
Mari jadi katak pekak :)
Rujukan :
http://ngm.nationalgeographic.com/2009/04/amphibian/holland-text
http://ame-stock.deviantart.com/art/Sunlight-Through-Grass-201401954
Rujukan :
http://ngm.nationalgeographic.com/2009/04/amphibian/holland-text
http://ame-stock.deviantart.com/art/Sunlight-Through-Grass-201401954
kenapa katak :3 (hish!)
ReplyDeletedah bace dah cite rambutan tu :D
ingat nak buat penyu :3, tapi penyu tak leh mlompat pulak :P
Deleteforever alone wkwkwkwk
ReplyDelete