Menanti di Barzakh - Far East
Al-kisah terdapat sebuah negeri yang luas yang melantik raja dari
kalangan rakyatnya untuk tempoh 10 tahun. Kemudian setelah tamat tempoh
tersebut raja itu akan dibuang ke suatu kawasan di tengah-tengah padang pasir
yang jauh dari bandar di negeri tersebut. Raja tersebut dibiarkan sendirian
sehingga mati kelaparan. Itulah nasib raja-raja yang telah memerintah negeri
tersebut sejak berkurun lamanya.
Kemudian datang sesi pemilihan raja yang baru, tiada dalam kalangan
rakyat yang sanggup menerima takhta itu. Kerana mereka tahu meskipun dapat
merasa kesenangan dan kenikmatan memiliki harta dan kuasa, itu hanya sementara
kerana akhirnya mereka akan dibiarkan mati.
Selang beberapa ketika, datang seorang yang cerdik dari kalangan mereka sudi memerintah negeri tersebut.
10 tahun berlalu..
Sampailah waktu di mana perjanjian hendak ditunaikan. Ketika
pemimpin-pemimpin negeri tersebut ingin
membuang raja itu ke tengah-tengah gurun padang pasir di negeri tersebut,
alangkah terkejutnya mereka melihat kawasan itu telah terbangun dengan majunya.
Sehingga tiada lagi kawasan padang pasir yang tidak didiamai. Rupa-rupanya raja
yang cerdik itu di waktu pemerintahannya secara senyap-senyap telah
membangunkan setiap kawasan di negerinya yang luas sehingga tiada lagi tempat
yang terpencil, tiada lagi gurun atau padang pasir yang tidak didiami. Bijak bukan? Sama seperti raja-raja
sebelumnya, dia telah tahu destinasi yang akan dituju. Bezanya, dia telah
membuat persiapan dengan memajukan kawasan tersebut.
Bagaimana dengan kita?
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, "
(Al-Imran : 185)
Telah sedia maklum perhentian kita yang seterusnya ialah barzakh. Barzakh merupakan persinggahan pertama dalam perjalanan akhirat. Andai kehidupan di barzakh itu mudah, maka mudahlah urusan selepasnya. Andai sukar, maka akan lebih sukarlah sesudah itu.
Kata nabi, "orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati maut dan menyediakan persiapan menghadapinya."

Apa yang paling hampir dengan kita?
Yang paling hampir dengan kita ialah kematian. Tidak dilambat atau dicepatkan walau sesaat. Saban hari umur bertambah, saban hari masa di dunia berkurang. Singkatnya dunia ini, lebih kurang 60 70 tahun je. Tapi...betul ke sampai 60? Acapkali kita menyangka kita akan mati di usia tua, hinggakan kita rasa suatu hari nanti pasti kita akan berubah. Risau rakan-rakan, andai kita masih belum diberi hidayah hingga ke saat akhir.
Bila sebenarnya tua? tua itu subjektif, sedangkan orang yang kita anggap tua pun apabila melihat orang yang lebih tua menganggap dirinya masih muda. Kematian tidak mengenal usia. Dia tidak meminta izin daripada si pemilik nyawa untuk datang melaksanakan ketetapan. Kita sering menganggap akan ada hari esok. Suatu hari nanti, akan datang hari di mana tiada lagi esok buat kita. Oleh itu, usahlah berlengah. Ayuh ragut semua peluang kebaikan yang kita boleh bawa ke akhirat!

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’
Kira-kira hampir setiap 20minit wajah kita dilihat Izrail setiap hari.
Bagaimana persediaan kita?
Mari periksa iman.
“Sesiapa antara kamu yang melihat perkara mungkar, hendaklah dia mengubah atau mencegah dengan tangannya. Jika dia tidak berkuasa mencegah dengan tangan, hendaklah dia mencegah dengan lisan. Jika dia tidak berkuasa mencegah dengan lisan, hendaklah dia mencegah dengan hati. Dan mencegah dengan hati itu merupakan selemah-lemah iman.”
Bagaimana cara mencegah dengan hati? Dengan membenci kemungkaran itu, iaitu wujud perasaan tidak redha ia berlaku.
Hari ini, lihat berapa banyak kemungkaran yang ada di sekeliling kita. Ada tak inisiatif untuk cegah? Atau sekurang-kurangnya mengurangkan? Atau setidak-tidaknya membenci maksiat tersebut?
Selemah-lemah iman adalah dengan membenci maksiat tersebut. Risaunya jika kita suka atau tiada perasaan langsung melihatnya. Apa tahap iman kita waktu itu? Andai roh di jasad ini ditarik saat kita lakukan maksiat, ke mana tempat kita? Nauzubillah min zalik.
Ya Allah, ambillah nyawa kami saat kau redha akan kami.
Saat kau telah mengampuni segala dosa kami.
Saat kami berada paling hampir denganMu.
Matikan kami dalam khusnul khatimah.
Ya Allah, ambillah nyawa kami saat kau redha akan kami.
Saat kau telah mengampuni segala dosa kami.
Saat kami berada paling hampir denganMu.
Matikan kami dalam khusnul khatimah.
Oleh itu...
Mari persiapkan akhirat.
Amat beruntung orang yang hari ini lebih baik dari semalam.
Amat rugi orang yang hari ini sama dengan semalam.
Dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam.
Amat beruntung orang yang hari ini lebih baik dari semalam.
Amat rugi orang yang hari ini sama dengan semalam.
Dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam.
Moga-moga kita berada di dalam keadaan cinta yang paling hampir dengan Allah saat roh ini dipanggil.
Ayuh persiapkan bekalan!
Kata nabi, "orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati maut dan menyediakan persiapan menghadapinya."
Mari jadi orang yang bijak ^^
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment