Tuesday, June 18, 2013

Separa botol

<Pinjam ye>
   Hari ni cikgu Baizura MC. Demam agaknya. Ketua kelas, Fairuz turun cuba mendapatkan guru ganti untuk subjek Geografi Tingkatan 5. Informasi pada papan maklumat yang terletak di hadapan bilik guru cuba diterjemah. Jari telunjuknya ditekap, bergerak dari atas ke bawah pada kaca cermin melapisi sehelai kertas tampalan. Paparan itu punya segenap barisan nama mata pelajaran, kelas, nama guru yang tidak hadir sekali dengan nama guru pengganti. Jumpa! Ustaz Shahrul Azmi, nama guru ganti.

Hmm Ustaz Shahrul,

   Kelas kami belum pernah mendapat pendidikan langsung dari beliau melalui sesuatu mata pelajaran khusus. Hanya sesekali mendengar cerita-ceritanya di majlis perhimpunan. Orangnya hebat. Tiap kali berpetah, semua mendengar; baik yang punya rekod cemerlang mahupun yang sedikit nakal. Beliau sering berkongsi kisah2 teladan melalui tamsilan haiwan mahupun tumbuhan. Antaranya kisah rambutan, tembikai, katak, rusa, dan banyak lagi. Ceritanya menarik!

Ini kali pertama beliau akan ke kelas 5 Teknik 1. 40 orang murid bilangan kelas kami. 40 jenis persepsi timbul mengenai beliau barangkali.

Fairuz pulang ke kelas diikuti Ustaz. Seusai salam dan doa penerang hati dibaca, Ustaz mulakan bicara. Sedikit pengenalan ringkas dikongsi. Apabila kian serasi, hah mulalah dia beraksi.

Diambilnya botol air kepunyaan Syaza, penolong kelas yang duduk di kedudukan meja paling hadapan. Dijulang tinggi. Separa airnya.

“Apa yang anda nampak?” Tanyanya meminta respons.

“Botol.”

“Botol air Syaza.”

“Syaza dah minum separuh Ustaz!”

“Patutlah kembung je aku tengok.”

“Hahaha!”

Gelagat rakan2 sekelas.

Macam2 jawapan kami lontarkan, namun dia masih membuka ruang suara, belum ada yang dapat memuaskan hati agaknya. Ahh susahlah, terlalu subjektif.

Pabila tiada lagi jawapan dikemuka, gilirannya berkongsi.

“Melalui jawapan yang diberi, kita boleh nilai orang itu.” Tuturnya.

“Orang yang bersifat negatif cenderung berkata,
‘Dah separuh air takde.’

Manakala orang positif akan ckp,
‘Masih tinggal separuh lagi air dalam botol.’ ”

Dahi kami berkerut. Cuba memahami analogi disaji. 

“Orang yang kata dah habis separuh air cenderung lihat apa yang dah tak ada. Manakala orang yang ckp ada separuh lagi air yg tinggal lebih terarah untuk lihat apa yang ada.” Jelasnya, tahu kami memerlu pencerahan.

“Itulah tugas guru sebenarnya, dalam mendidik, guru perlu lihat potensi apa yang ada pada murid, bukan hanya memandang kenakalan mereka. Jika hanya itu yang dipandang, hanya itu yang dihukum, ditekan-tekan, dicungkil sisi gelapnya seolah tiada harapan lagi, bagaimana murid tersebut ingin menggunakan kelebihannya?”

   Dia cuba merungkai perumpaan tersebut dari perspektif dirinya-  seorang guru. Barangkali suatu keluhan dari pandangan dunianya, barangkali juga suatu harapan yang hendak dibenihkan pada kami. Ia subjektif. Nak sangka baik dengan orang boleh. Nak hilang marah pada orang pun boleh. Bersyukur? lagi2 lah boleh.

Separuh takde Vs Separuh ada

   Umumnya, untuk belajar menghargai, lihatlah apa yang ada bukan yang tiada. Kita hidup penuh dengan angan2 dan keinginan mengejar apa yang tiada, dunia utamanya. Hingga terkadang, kita tak perasan nikmatNya, lalu lupa mengucap syukur atas apa yang dikurnia. Takut, yang dikejar tak dapat, dikendong berciciran. Rugi!

   Untuk perkara dunia, pandanglah dan bergaullah dengan orang yang ‘kurang’ perkara tersebut dari kita. Jika punya sebuah kereta buruk, pandanglah yang bermotosikal, terpaksa bertarung hujan, diselar panas. Jika bermotosikal, lihatlah yang berbasikal, harus berkayuh peluh, menuntun naik.

Moga2 mudah bersyukur.

*Bukan ‘kurang’ itu bermaksud kurang bernasib baik. Tidak. Kan orang miskin masuk syurga lebih awal dari yang kaya. Yang punya kemewahan berjagalah, penghisaban berat menanti. Kaya dunia bukan nikmat, bahkan ujian.*

Untuk perkara akhirat pula, lihatlah ke atas. In sha Allah rasa ghibtah(cemburu) datang, boleh lumba! :D

Perspektif
'Different angle; different view'
   Kecenderungan kita merungkai sesuatu rasanya banyak dipengaruhi dari mana sudut pandangan kita. Jika sesuatu benda itu bukan kepunyaan kita, dan sesuatu berlaku padanya, kita tidak rasa apa2. Sebaliknya, andai perkara itu kepunyaan kita, dan kita kehilangan perkara itu, kecenderungan kita untuk bersedih sangat tinggi.

Mengapa bersedih?

Bukankah semua milik Allah?

   Yakinkan diri semua yang kita ada hanya pinjaman. Wajarlah sampai masa perlu dipulang. Semua rancangan kita yg tak jadi pun jgn diratapi, mana nak dapat mengalahkan perancanganNya yang pasti lebih baik. Yakinlah, Allah hendak memberi yang terbaik buat kita. Justeru, kehilangan perkara2 duniawi akan terasa kecil kehilangannya andai pengharapan pada janji akhirat kita ajar diri untuk kita tanamkan.

Put your trust in Allah! -Fatimah Syarha ^^

Therefore,

lihat apa yang ada. Be positive! Always! :)

Kringgg! Rehat.

Wallahu A'lam

3 comments: