Wah kejapnya, pejam celik pejam celik, dah 2 tahun setengah
tinggalkan alam persekolahan. Seronoknya di sana, keakraban murid dan guru sgt
erat. Didikan mereka terasa ibarat acuan belasan malah puluhan ibu dan ayah.
Sgt bersungguh2. Keprihatinan mereka dalam mencorak serta harapan mereka ingin
lihat 'amanah' ini berjaya turut menyentuh.
Oh tidaklah bermaksud guru2 di pusat ipt tidak begitu,
mereka juga sama. Cuma mereka hadir pada fasa berbeza dalam kehidupan pelajar,
tentu sekali corak didikan berbeza. Remaja di alam persekolahan yg sedang
berjinak mengenal dunia, punya rasa gelora ingin meneroka, perlu bimbingan dan
perhatian rapi para guru. Justeru, teknik mereka lebih bercorak kepada didikan
seorang ibu dan ayah. Fasa universiti, pelajar dianggap lebih matang serta
dituntut untuk berdikari, peranan guru atau lecturer saat ini lebih kepada
guider.
Tadaa, cikgu azri.
Bersama ayahanda. |
Ada masanya soalan diaju tidak dijawab terus, tetapi dibalas dengan soalan bertanyakan “Apa awak rasa?” Budaya ini bukan shj mencungkil skill bertanya, bahkan mendidik para pelajar utk sentiasa punya assumption sebelum bertanya. Hal ini boleh melatih otak berfikir, bukan sekadar tggu utk disuap, tetapi pertanyaan lebih berfungsi sebagai medium klarifikasi. Lagi mantap proses belajar dan mengajar!
Tambahan lagi, beliau seringkali bertanyakan soalan pada
para pelajar, andai dijawab dengan nada tidak pasti atau mengikut-ngikut kawan,
meskipun betul, soalan sama akan ditanya lagi. Haha, kelakar teringat gelagat
kami, kdg2 jawapan yg dilontar bertukar2 selepas 'digertak' beliau. Ini latihan
membina confident dalam kalangan pelajar meskipun salah. Info yg salah senang
diperbetul, tp sifat yakin utk melontarkan suara dan pandangan harus dibentuk!
Malahan, bg subjek berteraskan konsep seperti ini, sgt2 mustahak utk pastikan
konsep yg betul diaplikasi. Asas yg kukuh ditekan beliau pada peringkat sekolah
sedikit sebanyak memudahkan perjalanan mengharungi cabaran diploma.
Tett!
Bukanlah tujuan tulisan ini utk mengkritik cara beliau
mengajar, jauh sekali. Sekadar ingin mengekspresi rasa kagum dan hormat
terhadap warga pendidik yg bersungguh2 ingin berkongsi. Hebat!
Julai 2009, pertama kali menjejak kaki ke bumi Smk Jalan Kebun,
juga pertama kali hadir ke kelas akaun. Bermula dari sifar pada pinpoint Julai, lebih setengah tahun kehilangan, hadir persepsi dan perasaan takut jauh
ketinggalan. Tapi dgn bantuan Allah, ikhtiar diri utk menceduk ilmu serta
kesungguhan guru ingin brkongsi, gabungan adunan ini akhirnya membuahkan hasil.
Alhamdulillah.
Pelajar yg dapat A utk subjek akaun pada setiap ujian kdg2
diberi set pensel exam grade, kdg2 dihadiahi set latih tubi. Kejayaan yg sedikit
dirai. Terasa dihargai. Mulianya seorang murabbi.
Benarlah kata org, cinta terhadap ilmu tidak akan lengkap
tanpa hadirnya cinta terhadap guru.
Senangi guru, senangi subjek, apa lagi halangan belajar?
Minat yg mndalam serta passionate trhadap akaun byk
dipengaruhi dengan corak didikan beliau. Untuk itu, terima kasih cikgu!
Opss, barangkali tidak adil buat para guru lain coretan ini
dituju khusus pada beliau, maaf bukan bermaksud memilih, jauh sekali ingin
menafikan pengorbanan kalian, cuma sekadar ingin berkongsi kebaikan seorang
guru. Jasa kalian tidak mungkin mampu anakanda sebut satu persatu. Moga allah
membalasi cikgu2, sebaik-baik balasan dari pihak murid kepada gurunya.
Ya allah, jadikanlah aku serta rakan2 ku murid2 yang seronok
dipandang oleh guru2 kami.
Selamat hari cikgu! :)
Selamat hari cikgu! :)
ReplyDelete