Saturday, January 5, 2013

Ailah

“Begitu ramai org yg sibuk mengejar jodoh, walhal jodoh itu telah ditetapkan, dan begitu sedikit mereka yg berlari mendapatkan hidayah, walhal hidayah itu perlu dicari.”

  Wahai diri, yakinlah telah ada bidadari tercipta buatmu, sama ada dia wujud di dunia ini, atau dia menunggumu di syurga sana.

  Jadi hanya tunggu sahajalah? Tidak. Apa yang perlu kau lakukan ialah persiapkan diri, persiapkan ilmu, teguhkan iman, kembangkan fikiranmu. Kelak, kau punya tanggungjawab yg sangat besar.

  Jika diizinkan Allah kepadamu mempunyai ailah, kau punya amanah untuk bimbing dia, ajar, didik dan bantu dia menjadi isteri mithali, anak yang solehah, guru yang baik kepada anaknya, jiran yang menunaikan hak, dan yang paling penting misimu untuk jadikan dia ketua para bidadari. Indahnya perkataan, beratnya pelaksanaan. Ya Allah, kau mudahkanlah urusan kami.

  Isteri, anak2. Ya Allah, indahnya percaturan fitrah yg telah kau tetapkan buat manusia. Seronoknya memiliki keduanya. Tp…usah terus dibuai mimpi, jgn diulit angan2 hingga memakan diri. Jika zuriat yg diminta, ramai yg telah berjaya mendapatkannya. Zuriat yg soleh dan solehah?Mereka perlu dibentuk.

  Benar, bahagianya membayangkan dianugerahi mereka. Si kecil penceria suasana, syaliah bagi hati, sakinah buat diri, motivasi utk lebih memantapkan ilmu dan iman. Namun, di bahagian hati yg lain, tersembunyi rasa takut, gementar, tidak yakin akan kemampuan diri utk memiliki mereka. Mereka adalah amanah. Yang paling berat bagi manusia tidak lain adalah amanah. Ya Allah, jika dikurniakan kesempatan memiliki mereka, kurnialah daku ank yang soleh dan solehah yang doanya untukku diterima olehMu.

  Bagaimana miliki anak yg soleh dan solehah? Dr Farhan Hadi, suami kepada penulis terkenal, ustzh Fatimah Syarha pernah mengupas di  dalam ceramah beliau baru2 ini, anak ini mempunyai hak. Antara hak mereka selain diberi nama yang baik ialah memiliki ibu yang mampu membimbing mereka kepada agama. Jelas maksud yang disampaikan beliau ialah step yg pertama memiliki ank2 yg mampu menjadi saham pahala di akhirat kelak berlaku sebelum kelahiran mereka lagi. Iaitu ketika proses pemilihan ibu kepada anak tersebut. 
Ya Allah kurniakan daku ailah yg solehah.

Mengharapkan wanita solehah, walhal diri ini tak sesoleh mana.

  Wahai pemilik nama, jika kau punya angan2 memiliki isteri terpelihara, peliharalah dirimu. Jika kau pasang impian punya anak yg soleh dan solehah, solehkanlah dirimu. Bukankah “orang yang baik untuk org yg baik”?

*Ailah  = ahli rumah
Syaliah = penghibur hati
Sakinah = ketenangan

No comments:

Post a Comment