Sunday, June 23, 2013

Gula-gula Istiqamah

Saat agama...

disesuaikan selera,

Ia jadi...

mcm ketam.

Kejap ada

Kejap takda
Kejap buat, kejap tak buat.

Kadang ikhlas, kadang tidak- diselebungi bayang manusia.

Ada masa manis, banyak masa, tawar, sungguh.

At one point dekat, the other points, jauh sgt.


Pembunuhnya?

Fighting!
Time susah buat, time senang buat.

 Masa senggang buat, masa busy pun buat.

Ada orang buat, takda orang pun masih buat.

Orang puji buat, orang kutuk pun tetap buat sama.

The right angle

Seluruh manusia cerca kau keji hina jijik, tapi Allah kata kau mulia, kau mulia.

Satu dunia sanjung kau mulia tinggi baik hebat, Allah kata kau hina, kau hina.

Tuntasnya,

Pandangan Allah primari

Dapat Allah, dapat segalanya.

Wallahu A'lam.

*Disclaimer


haaaa
Unsur personifikasi digunakan. Kesian makhluk ketam. Ketam tak salah, manusia yg salah. Ahli dosa.

Friday, June 21, 2013

Autobiografi: Pemadam

"Jgn lari~"
Kotak pensil lama,
Laci meja
19 Jun 2013

Kehadapan sahabat karibku pensil , ohayo gozaimasu! :)

Harap saudari di dalam kondisi yang meyakinkan. Saya baik2 je kat sini :D

   Oh ya! Mesti saudari terkejut kan, mcm mana saya boleh tulis surat, padahal saya ni pemadam. Saya pun tak percaya. Selalunya saudari lah yg tulis2 ni, saya teman je, mcm muda2 dulu :) Meh saya cite mcm mana boleh jd. Kalau saya ckp, saudari percaya ye. Kite kan kawan baik? ;)

   Haritu kann, saya didatangi pari2. Dia ckp, saya sediiiih sangat. Dia dengar saya menangis. Dia kesian dekat saya. Dia tak sampai hati tgk saya. Dia pun muncullah. Dia bg saya buat 1 wish.

   Saya pun bgtahu dia, saya nangis sebab saya rindu kawan baik saya. Awak. Dulu kite selalu berkepit. Kat mana2 pergi mesti kene berdua. Tak lengkap saya tanpe awak. Tak lengkap jugak awak takde saya.

   Saya seronok dulu. Kawan2 kite yg lain jeles je tgk kite. Tu si pembaris, stapler, peraut, diorang selalu bahan kite mase kite ramai2 dalam kotak pensil dulu. Awak, awak ingat kan? :)

Tapi sekarang…

awak dah lain :(

   Badan awak dah keras. Awak dah tak pakai peraut kalau lid awak patah. Eh? Awak dah tak pakai lid lah! Mata awak tak kan patah. Awak dah kuat sekarang yeyey! Dulu, awak mcm saye, makin lame pakai, makin kecil. Sekarang, lame2 pun tak kecik2. Awak dah jadi pen. Baguslah.

Cume…

   Sejak awak jd pen, awk dah tak mcm dulu. Awak dah tak rapat dengan saya dah. Awak dah ada liquid. Awak ckp, awak suke dia. Dia putih. Badan dia boleh goncang2, ada bunyik. Bila awak buat silap, awak kata dia boleh tutup silap awak. Awak ckp dia pelengkap hidup awak.  

Awak mesra sgt dengan dia.

Awak…

Awak dah tak perlu saye ke? :’(

   Mungkin saye tak seputih dia, saye kotor, awak geli. Tapi sebenarnya saya kotor sebab saya padam salah awak diam2 masa awak taktahu.

   Mungkin saye dah tak boleh boleh tutup silap awak. Tapi awak tahu tak, dulu saye tak pernah tutup silap awak. Saya padam terus! Sebab saya takut kalau saya tutup, lama2 nanti terhakis, nanti awak teringat balik salah awak. Nanti awak sedih. Saya taknak awak sedih. :(

   Mungkin badan saya tak boleh goncang2. Tak boleh hiburkan awak masa senang. Tapi ingat tak dulu, mase badan awak makin lama makin kecil sebab kene raut, awak nangis sebab risau sangat awak akan hilang dari kotak pensil kite. Saya cube tenangkan awak, saya pinjamkan bahu saye. Saya bgtahu awak saya akan temankan awak jugak kalau awak pergi mane2. Kalau awak takde saya pun taknak ade! Lepas tu awak senyum lebar2 hek2 :’D

Haa nak sambung ni cerita pari2 tadi tak habis lagi.

Lepas dia offer saya buat wish, awak tahu saya mintak apa.

1st saya cakap saya nak masa ni putar balik, saya nak mcm dulu. Best sgt. Tapi dia ckp tak boleh buat mcm tu. Kesian org yg dah habis diploma kena ulang balik diploma diorang. Huh? :o

Hmm takpelah. Then saya mintak pulak awak ada dengan saya. Saya nak sentiasa dengan awak. Tapi yang tu pun dia ckp tak boleh. Dia kata awak bahagia. Tak elok runtuhkan masjid org. Eh?

Isk2 :( Last2 saya mintak dia jadikan saya boleh menulis. Haa yg tu dia bg.

Awak…

Awak janganlah buang saya. Awak janganlah pinggirkan saya. Awak janganlah dah tak ambik kisah dekat saya.

Saya cuma nak kawan dengan awak. Boleh ye awak?

   Kalau lepas ni awak ada buat salah, and liquid tu dah kering. Awak jgn nangis. Awak bgtahu saya. Saya cuba padam salah awak. Kalau tak boleh, saya bolehkan jugak! Saya gosok, gesek, gores diri saya ni dekat kertas tu sampai habis. Biar saya mati mencuba daripada hidup tengok awak sedih. Awak jgn risau tau :)

Apa2 pun saya cume nak awak bahagia. Tak lebih dari tu saya harapkan :’) Bye2 awak. Leb u!

P/s: nah utk awak! Klik2 :D
Gambar Muda2
Sahabatmu,
Pemadam

Penerbit

En. Kacang
Watak2


Cik Madam
                                

 Cik pensil yang kini bergelar Puan Pen, err bakal. 6 tahun lagi katanya -..-

Ris
Mr. Liquid Paper
Stap
Raut

Tuesday, June 18, 2013

Separa botol

<Pinjam ye>
   Hari ni cikgu Baizura MC. Demam agaknya. Ketua kelas, Fairuz turun cuba mendapatkan guru ganti untuk subjek Geografi Tingkatan 5. Informasi pada papan maklumat yang terletak di hadapan bilik guru cuba diterjemah. Jari telunjuknya ditekap, bergerak dari atas ke bawah pada kaca cermin melapisi sehelai kertas tampalan. Paparan itu punya segenap barisan nama mata pelajaran, kelas, nama guru yang tidak hadir sekali dengan nama guru pengganti. Jumpa! Ustaz Shahrul Azmi, nama guru ganti.

Hmm Ustaz Shahrul,

   Kelas kami belum pernah mendapat pendidikan langsung dari beliau melalui sesuatu mata pelajaran khusus. Hanya sesekali mendengar cerita-ceritanya di majlis perhimpunan. Orangnya hebat. Tiap kali berpetah, semua mendengar; baik yang punya rekod cemerlang mahupun yang sedikit nakal. Beliau sering berkongsi kisah2 teladan melalui tamsilan haiwan mahupun tumbuhan. Antaranya kisah rambutan, tembikai, katak, rusa, dan banyak lagi. Ceritanya menarik!

Ini kali pertama beliau akan ke kelas 5 Teknik 1. 40 orang murid bilangan kelas kami. 40 jenis persepsi timbul mengenai beliau barangkali.

Fairuz pulang ke kelas diikuti Ustaz. Seusai salam dan doa penerang hati dibaca, Ustaz mulakan bicara. Sedikit pengenalan ringkas dikongsi. Apabila kian serasi, hah mulalah dia beraksi.

Diambilnya botol air kepunyaan Syaza, penolong kelas yang duduk di kedudukan meja paling hadapan. Dijulang tinggi. Separa airnya.

“Apa yang anda nampak?” Tanyanya meminta respons.

“Botol.”

“Botol air Syaza.”

“Syaza dah minum separuh Ustaz!”

“Patutlah kembung je aku tengok.”

“Hahaha!”

Gelagat rakan2 sekelas.

Macam2 jawapan kami lontarkan, namun dia masih membuka ruang suara, belum ada yang dapat memuaskan hati agaknya. Ahh susahlah, terlalu subjektif.

Pabila tiada lagi jawapan dikemuka, gilirannya berkongsi.

“Melalui jawapan yang diberi, kita boleh nilai orang itu.” Tuturnya.

“Orang yang bersifat negatif cenderung berkata,
‘Dah separuh air takde.’

Manakala orang positif akan ckp,
‘Masih tinggal separuh lagi air dalam botol.’ ”

Dahi kami berkerut. Cuba memahami analogi disaji. 

“Orang yang kata dah habis separuh air cenderung lihat apa yang dah tak ada. Manakala orang yang ckp ada separuh lagi air yg tinggal lebih terarah untuk lihat apa yang ada.” Jelasnya, tahu kami memerlu pencerahan.

“Itulah tugas guru sebenarnya, dalam mendidik, guru perlu lihat potensi apa yang ada pada murid, bukan hanya memandang kenakalan mereka. Jika hanya itu yang dipandang, hanya itu yang dihukum, ditekan-tekan, dicungkil sisi gelapnya seolah tiada harapan lagi, bagaimana murid tersebut ingin menggunakan kelebihannya?”

   Dia cuba merungkai perumpaan tersebut dari perspektif dirinya-  seorang guru. Barangkali suatu keluhan dari pandangan dunianya, barangkali juga suatu harapan yang hendak dibenihkan pada kami. Ia subjektif. Nak sangka baik dengan orang boleh. Nak hilang marah pada orang pun boleh. Bersyukur? lagi2 lah boleh.

Separuh takde Vs Separuh ada

   Umumnya, untuk belajar menghargai, lihatlah apa yang ada bukan yang tiada. Kita hidup penuh dengan angan2 dan keinginan mengejar apa yang tiada, dunia utamanya. Hingga terkadang, kita tak perasan nikmatNya, lalu lupa mengucap syukur atas apa yang dikurnia. Takut, yang dikejar tak dapat, dikendong berciciran. Rugi!

   Untuk perkara dunia, pandanglah dan bergaullah dengan orang yang ‘kurang’ perkara tersebut dari kita. Jika punya sebuah kereta buruk, pandanglah yang bermotosikal, terpaksa bertarung hujan, diselar panas. Jika bermotosikal, lihatlah yang berbasikal, harus berkayuh peluh, menuntun naik.

Moga2 mudah bersyukur.

*Bukan ‘kurang’ itu bermaksud kurang bernasib baik. Tidak. Kan orang miskin masuk syurga lebih awal dari yang kaya. Yang punya kemewahan berjagalah, penghisaban berat menanti. Kaya dunia bukan nikmat, bahkan ujian.*

Untuk perkara akhirat pula, lihatlah ke atas. In sha Allah rasa ghibtah(cemburu) datang, boleh lumba! :D

Perspektif
'Different angle; different view'
   Kecenderungan kita merungkai sesuatu rasanya banyak dipengaruhi dari mana sudut pandangan kita. Jika sesuatu benda itu bukan kepunyaan kita, dan sesuatu berlaku padanya, kita tidak rasa apa2. Sebaliknya, andai perkara itu kepunyaan kita, dan kita kehilangan perkara itu, kecenderungan kita untuk bersedih sangat tinggi.

Mengapa bersedih?

Bukankah semua milik Allah?

   Yakinkan diri semua yang kita ada hanya pinjaman. Wajarlah sampai masa perlu dipulang. Semua rancangan kita yg tak jadi pun jgn diratapi, mana nak dapat mengalahkan perancanganNya yang pasti lebih baik. Yakinlah, Allah hendak memberi yang terbaik buat kita. Justeru, kehilangan perkara2 duniawi akan terasa kecil kehilangannya andai pengharapan pada janji akhirat kita ajar diri untuk kita tanamkan.

Put your trust in Allah! -Fatimah Syarha ^^

Therefore,

lihat apa yang ada. Be positive! Always! :)

Kringgg! Rehat.

Wallahu A'lam

Sunday, June 16, 2013

Keletah hati


Nafas dihela panjang,

"Haaah bau laut"

Murad melabuhkan punggung di kerusi malas
kembaranya di bumi Cherating masuk hari ke-2
Capaian mata dilontar jauh merenung pantai
Bunyi deruan ombak mencuri pukau hatinya

Subhanallah, luasnya ciptaan Mu
baru secebis yg kulihat
Sekangkang tanah pantai timur negeri M'sia ini pun sudah tampak akhbar bg ku
inikan pula bumi Allah, dunia Allah
Oh kerdilnya aku

Sedang fikirannya dibawa layar alunan arus
lintas wanita di hadapannya,
bertemankan ibu barangkali
Bertudung 50”.  Manis.
Wajahnya putih, pipinya kemerahan terkena panas
Ini kah humaira?
Ah! Astarghfirullah! buat apa ditenung dia. Haish!

Ibuku, kakakku serta adikku juga wanita
ku ingin mereka dihormati
Oleh itu, wajar aku lontarkan penghormatan buat nya, juga kaumnya
Bagaimana?
dengan menjaga pandanganku
juga hatiku

Wahai wanita,
Nahh, ni bingkisan hati lelaki bila terlihatmu. Rahsia tahu!
 .....................................................................

Wahai Wanita,
bolehkah kalau kau tiada?
Tentu sekali tidak,
Kerana ini ketetapan Allah
bahawa fitrah manusia itu hidup berpasang pasangan

Wahai wanita
kau bukan sekadar penyambung zuriat
bukan sekadar mengurus keperluan
bukan sekadar menjaga harta
bukan sekadar penyimpan maruah
bukan sekadar murabbiah di rumah

Bahkan
kau penenang jiwa
kau pelengkap agama
kau teman di syurga
kau ketua para bidadari
kau sebaik perhiasan dunia

Wahai wanita,
kau tidak dicipta dari tempurung kepala
untuk disembah sanjung
dijulang puja
tidak pula dicipta dari kaki
untuk dipijak hamba
dihina jijik
bahkan asalmu dari rusuk lelaki
hampiri hati
untuk disayang lindung
dipimpin cinta

Wahai wanita
cinta pada mu dan Ilahi wajib selari
Tak boleh lari
Sebagai penjamin rangkap ke 3
kerana ku tak damba cinta biasa
yg mana ramai hanyut kerananya

Tapi ku ingin cinta luar biasa
cinta yg terbit dari padaNya
upaya tarik rahmat dan redha
dibukti patuh perintah larangNya

Wahai wanita
Kau Allah cipta
dari hujung rambut ke hujung kaki menarik buat lelaki
Bantulah kami menjadi teruna luar biasa
Dengan tidak sewenang menyerah diri
merayu pujuk, melayan manja
bahkan mendedah diri

Tiada matawang layak mengukurmu,
Kerana dirimu lebih berharga
dari dolar mahupun dinar
Bantu kami menutupi ruang2 zina
dari segenap ruang mahu penjuru
Hatta dari mata, hati,
sekalipun dirayu

Wahai wanita,
jadilah luar biasa,
andai yg kau harap juga lelaki luar biasa
selagi dirimu belum diikat
oleh simpulan suci pernikahan
hunuslah duri penjauh diri
pelihara diri juga hati
jd lah umpama mawar berduri
indah dilihat didekat jgn!

Wahai wanita
Buat dirimu juga diriku
Bebaskan si dia yg bukan milikmu
apa kau fikir mustahil ketemu?
Tiada yg mustahil bg Allah mempertemu
Hati dua insan luar biasa bersatu

Sabar ya hati

Tuesday, May 28, 2013

Liga diploma

Far 360 :O
  Esok 29 mei 2013, lengkaplah penerokaan diploma ku. Genap 36 papers ditakluk. Ibarat EPL. Sehebat mana pun pasukan tu, pasti ada saatnya kecundang dibaham lawan. Alhamdulillah, keseluruhannya memuaskan. Walau sesekali daku tergelincir, itu lumrah. Berjaya atau tidak bukannya diukur dari pointer, ia hanya nombor. Kejayaan dalam menuntut ilmu bagiku lebih banyak disumbang oleh kesungguhun melawan sifat malas, berperang dengan nafsu, menjaga keberkatan ilmu, berkongsi apa yang difahami, bukan sekadar keputusan akhir. Namun, tak dinafikan kepentingan gred dalam salah satu usahaku membahagiakan orang tuaku. Umi, ayah, usaha ini untukmu. Barangkali tidak terbalas jasamu dengan wang ringgit, oleh itu, sedaya mungkin ku cuba raikan kalian dengan perkongsian secebis  kejayaan.

"Tak sabar nye nak grade!"

Moga diizinkan daku sampai ke sana, In Sha Allah. Ya Allah, hadiahkan kejayaan ini buat mereka. Jadikan aku serta adik-beradikku anak-anak yang seronok dipandang oleh ibu bapa kami.

Kenalkan,
Rakan-rakan saya :)

Classmate part 1-4.
  Aduyai. Sedihnya membayangkan terpaksa berpisah. Tapi itu hukum alam. Tiap pertemuan, pasti disudahi dengan perpisahan. Masa tidak menunggu meraikan kegembiraan kita berkawan, dia terus berlalu. Pandang dan majulah ke hadapan, dengan menjadikan kisah lampau refleksi dirimu, kaut pengalaman dan jadikan ia silibus pelajaran. Pengalaman guru terbaik bukan? :)

  Kalian telah ku anggap keluarga, adik-beradikku. Macam-macam karenah haha. Pasti dan pasti segunung kerinduan hinggap tersemat buat kalian. Hati ini yakin, muka-muka ini lah wajah-wajah bakal pemimpin yang hebat berwibawa, in sha Allah. Teruskan usahamu menggapai cita-cita diidami, doaku mengiringi. Takluk industri yang kalian ceburui, cuba sedaya mungkin jadikan diri kita semaksimumnya bermanfaat pada masyarakat. Moga tidak ada yang tergelincir atau terseliuh di tengah jalan, andai ada, lekas bangkit!

Sini, ada suatu perumpaan yang teringin sekali daku kongsikan. Kisah rambutan :)


Menuntut ilmu, atau hidup ini umumnya, ibarat menerokai pokok rambutan.
Cuba diambil dan dirasa akarnya, diimiginasi, rasa-rasanya pahit bukan?
Maju ke atas, batang pokoknya juga pahit.
Dahan, ranting serta daunnya turut pahit.
Begitu juga kulit luaran buah rambutan, jika digigit, pahit rasanya.
Namun, sesampainya pada buah, rasanya? manis kan kan? sangat!

  Itulah analogi hidup ini, terkadang, kita rasa penat, rasa nak mengalah, buntu, tak tentu arah. Ketahui, dan yakinlah, wujud pelangi di balik awan mendung, wujud kemanisan di hujung likuan kesukaran. Walau jalan kita dipenuhi belukar, duri tajam, di hujung-hujung denai pasti  ada kejayaan tersimpan, hadiah buat orang yang sabar dan berusaha.  Sama ibarat hari graduasi nanti, penat-penat yang kita lalui, bayangkan senyuman dan keriangan orang tua kita, berbaloi kan? Andai temui kesukaran, bersangka baik dan yakinlah pada Allah. Dia kan sebaik-baik perancang. Bersangka baik dengan Allah, hidup akan jadi sgt sgt sgt indahh :) 

Ya Allah, jadikanlah perpisahan ini perpisahan yang diberkati.  Kawan2, jumpa di Jannah! Mudah mudahan In Sha Allah.

woah!
Rujukan : 

Friday, May 17, 2013

Selamat Hari Cikgu!

   Wah kejapnya, pejam celik pejam celik, dah 2 tahun setengah tinggalkan alam persekolahan. Seronoknya di sana, keakraban murid dan guru sgt erat. Didikan mereka terasa ibarat acuan belasan malah puluhan ibu dan ayah. Sgt bersungguh2. Keprihatinan mereka dalam mencorak serta harapan mereka ingin lihat 'amanah' ini berjaya turut menyentuh.

   Oh tidaklah bermaksud guru2 di pusat ipt tidak begitu, mereka juga sama. Cuma mereka hadir pada fasa berbeza dalam kehidupan pelajar, tentu sekali corak didikan berbeza. Remaja di alam persekolahan yg sedang berjinak mengenal dunia, punya rasa gelora ingin meneroka, perlu bimbingan dan perhatian rapi para guru. Justeru, teknik mereka lebih bercorak kepada didikan seorang ibu dan ayah. Fasa universiti, pelajar dianggap lebih matang serta dituntut untuk berdikari, peranan guru atau lecturer saat ini lebih kepada guider.

Tadaa, cikgu azri.

Bersama ayahanda.
  Inilah ckgu akaun form 4 form 5 dulu. Gaya pengajaran yg brsahaja, santai, berperwatakan kelakar, padat dengan input serta sentiasa mahukan respons pelajarnya disenangi dan mudah difahami. Rentetan soalan yg diajukan muridnya yg penuh rasa ingin tahu dan inginkan jwpn atas persoalan yg berbangkit dr kata tanya 'kenapa' sering dijawabnya tenang, dirai meskipun kadangkala diluar konteks silibus.

   Ada masanya soalan diaju tidak dijawab terus, tetapi dibalas dengan soalan bertanyakan “Apa awak rasa?” Budaya ini bukan shj mencungkil skill bertanya, bahkan mendidik para pelajar utk sentiasa punya assumption sebelum bertanya. Hal ini boleh melatih otak berfikir, bukan sekadar tggu utk disuap, tetapi pertanyaan lebih berfungsi sebagai medium klarifikasi. Lagi mantap proses belajar dan mengajar!

   Tambahan lagi, beliau seringkali bertanyakan soalan pada para pelajar, andai dijawab dengan nada tidak pasti atau mengikut-ngikut kawan, meskipun betul, soalan sama akan ditanya lagi. Haha, kelakar teringat gelagat kami, kdg2 jawapan yg dilontar bertukar2 selepas 'digertak' beliau. Ini latihan membina confident dalam kalangan pelajar meskipun salah. Info yg salah senang diperbetul, tp sifat yakin utk melontarkan suara dan pandangan harus dibentuk! Malahan, bg subjek berteraskan konsep seperti ini, sgt2 mustahak utk pastikan konsep yg betul diaplikasi. Asas yg kukuh ditekan beliau pada peringkat sekolah sedikit sebanyak memudahkan perjalanan mengharungi cabaran diploma.

Tett!

   Bukanlah tujuan tulisan ini utk mengkritik cara beliau mengajar, jauh sekali. Sekadar ingin mengekspresi rasa kagum dan hormat terhadap warga pendidik yg bersungguh2 ingin berkongsi. Hebat!

   Julai 2009, pertama kali menjejak kaki ke bumi Smk Jalan Kebun, juga pertama kali hadir ke kelas akaun. Bermula dari sifar pada pinpoint Julai, lebih setengah tahun kehilangan, hadir persepsi dan perasaan takut jauh ketinggalan. Tapi dgn bantuan Allah, ikhtiar diri utk menceduk ilmu serta kesungguhan guru ingin brkongsi, gabungan adunan ini akhirnya membuahkan hasil. Alhamdulillah.

Jaya masa lalu
Pelajar yg dapat A utk subjek akaun pada setiap ujian kdg2 diberi set pensel exam grade, kdg2 dihadiahi set latih tubi. Kejayaan yg sedikit dirai. Terasa dihargai. Mulianya seorang murabbi.

Benarlah kata org, cinta terhadap ilmu tidak akan lengkap tanpa hadirnya cinta terhadap guru.

Senangi guru, senangi subjek, apa lagi halangan belajar?

Minat yg mndalam serta passionate trhadap akaun byk dipengaruhi dengan corak didikan beliau. Untuk itu, terima kasih cikgu!

Opss, barangkali tidak adil buat para guru lain coretan ini dituju khusus pada beliau, maaf bukan bermaksud memilih, jauh sekali ingin menafikan pengorbanan kalian, cuma sekadar ingin berkongsi kebaikan seorang guru. Jasa kalian tidak mungkin mampu anakanda sebut satu persatu. Moga allah membalasi cikgu2, sebaik-baik balasan dari pihak murid kepada gurunya.

Ya allah, jadikanlah aku serta rakan2 ku murid2 yang seronok dipandang oleh guru2 kami.

Selamat hari cikgu! :)

Sunday, May 5, 2013

Tembikai

“Ahh selesai juga.”
  Abi meluruskan kedua tangannya, membetulkan sendi. Lama dia duduk mengadap meja pejabatnya itu. Hari yg sgt memenatkan. Baru sahaja proposalnya ditolak awal pagi tadi dek kerana perangkaan bajet baharu. Terpaksa dia bertungkus lumus merangka perubahan besar dalam struktur kewangan projeknya. Baru siap perancangan, namun perlu diterjemah ke dalam bentuk yang boleh dipersembahkan kepada ahli lembaga. Dihimpit tekanan masa membuatkan otaknya tambah serabut. Jam di tangan tepat menunjukkan angka 6. Tanda telah habis waktu pejabat. Pantas abi mencapai kunci Proton Saga yg berada di atas meja. Seusai 'punch card', abi bergegas menuju ke tapak parkir kereta dan memandu pulang.

  Di pertengahan perjalanan, pandangan abi tertarik pada buah2 tembikai yang dijual di tepi jalan. “Syaliah dgn Sakinah tentu suka.” Terbayang anak anaknya. Buahan kegemaran mereka. Abi meletakkan kereta di bahu jalan. Setelah berpuas hati dengan pilihan tembikai yang dirasakan terbaik menurut kulit luarannya, abi menghulurkan wang dan disambut pakcik tua. “Jual ye,” kata dia. Ramah orangnya. Walau tak sempurna giginya tapi tak kedekut dengan senyuman. Manis.

  Akhirnya tiba jua abi di singgahsananya, hidupnya serba cukup dengan keperluan. Walau rumahnya tidaklah sebesar rumah ahli2 korporat lain, dia bahagia. Baginya harta bukan penentu bahagia, cukup punya ahli rumah yang menyejukkan mata. Sesampai abi di daun pintu, pantas anak2nya berlari mendapatkannya. “Ummi, abi dah balik!” teriak mereka. Tersimpul senyuman di wajah abi melihat puteri2 dan permaisurinya. Tapi senyumannya kembali mendatar, benak fikirannya masih terganggu dengan penolakan proposalnya pagi tadi, sepatutnya pihak atasan memberi makluman awal perihal perubahan struktur polisi, bukan pada saat pembentangan. Desus hatinya sambil melonggarkan tali leher.

“Abi bawa balik buah tembikai ni.”
  Terlonjak gembira Syaliah dan Sakinah, sayang mereka pada abi. Ummi mengambil buah dari tangan abi dan bersedia memotongnya. Dikelilingnya abi serta puteri2 mereka membuat bulatan mengelilingi buah tembikai. Terpancar sinaran pengharapan pada mata puteri mereka, barangkali lama tidak dibelikan. Mata pisau dibenamkan kedalam kulit, membelah diameter buah hingga ditemukan semula dengan tusukan pertama. Lengkap 1 pusingan membelah dua. Saat isi tembikai itu dihadapkan pada penglihatan mereka, alangkah terkejutnya seluruh isi rumah itu melihatkan isi buah yang rosak.

  Hitam, berkulat. Luarannya cantik, tiada siapa sangka isinya busuk. Tidak boleh dimakan. Serta merta wajah ceria puteri kecil bertukar masam mencuka. Punah. Terbunuh harapan mereka. Ternganga kebingungan. Tak sanggup abi melihat mereka. Ditambah dengan masalah sedia ada di pejabat, hatinya panas, darahnya naik ke kepala, bengang, mukanya merah. Diambilnya buah itu, pantas dia berdiri bergegas merentap kunci di atas meja kopi dan memecut keretanya. Tak sempat permaisurinya menenangkan dia. Puteri puterinya berdiri mengintai dari belakang baju ummi kerana ketakutan melihat reaksi abi. “Jarang sekali abi berlaku begitu,” bisik hati ummi.

  Sampai di bahu jalan, abi keluar dari kereta berjalan pantas, terus menerkah org tua tadi. Dengan suara yang tegas, abi mengadu perihal buah yang rosak. Dimarahnya org tua itu, abi betul2 hilang pertimbangan. Org tua itu membiarkan sahaja pelanggannya berleter. Dia terus senyum. Mendengar dan mengangguk tanda akur akan kata2 pelanggannya.

  Selesai abi melepaskan marahnya, lelaki tua itu bersungguh2 memohon maaf. Ditambahnya lagi,

“Wahai pemuda, tuan begitu marahkan saya kerana buah yang rosak. Saat tuan hendak membeli buah ini dari saya tadi, pasti tuan mengharapkan buah yang terbaik. Saya hanyalah seorang penjual, ketika saya beli buah ini dari pemborong, saya juga mengharapkan yang terbaik dari pemborong itu. Juga saat pemborong itu membelinya dari petani, dia juga berhajat mendapatkan buah yang terbaik. Begitu juga saat petani itu menanamkan benih tembikai, dia menjaganya, memastikan buah itu tumbuh elok, dia juga mengharapkan yang terbaik akan tanamannya. Namun, yang berkuasa memperelokkan isi buah ini hanya Allah. Jadi, cuba tuan fikirkan, siapa sebenarnya yang tuan marahkan?”

  Mendengar kata2 tersebut, terasa ibarat tertampar hatinya. Ditusuk dengan kebenaran kata-kata penjual itu. Abi terus tersedar, yang dimarahinya bukan pakcik tua itu, dia tidak punya kuasa terhadap buah itu. Begitu juga si pemborang dan peladang. Semua tidak mampu memastikan buah itu elok. Yang berkuasa memastikan buah itu sempurna tidak lain hanyalah Allah, tuhannya. Dia Al-Khaliq. Dia Al-hafiz. Dia maha pencipta lagi maha memelihara. Siapalah abi untuk memarahi. Hati abi terus sebak. Bergenang lopak matanya. Baru sekarang dia nampak. Diselubungi sedikit ujian, dia lupa ber Husnu Zan dengan rab Nya.

  Abi memeluk pakcik tua tadi lantas meminta maaf. Jatuh takungan air mata abi. Dia mengucapkan terima kasih kerana menyedarkannya. Pakcik tua tadi memberinya buah yang baru, diterima abi dengan perasaan malu. Abi pun pulang. Abi menceritakan segalanya pada ummi, bagaimana Allah mentarbiahkannya melalui perantaraan si penjual buah. Mereka berazam menerapkan akhlak untuk sentiasa bersangka baik pada Allah serta manusia dalam baitul muslim mereka, saat senang mahupun waktu ditimpa kesusahan. Oh ya, Syaliah dgn Sakinah kata tak pernah mereka rasa buah yang sesedap itu!

Apa yang dilihat di luar mencerminkan apa yang ada di dalam.

  Andai kita sering merasakan seluruh dunia mempunyai masalah dengan kita, sebenarnya punca utama bukanlah faktor luaran, tetapi ada pada diri. Bagaimana cara kita melihat dunia menggambarkan dalaman, itulah yang tersemat. Kalau kotor dalamnya, jeliklah luarnya, andai bersih, indah rasa dunia ini, rasa dikasihi, terasa wujud ramai mereka yang baik-baik di luar sana. Apa-apa sahaja kesulitan yang datang, jangan terlalu cepat menuding jari menyalahkan orang lain. Bahaya andai kita sering rasa, kita sentiasa betul, tidak pernah salah.

Jika ditimpa sesuatu..

Akurlah bahawa ketentuan sebenarnya datang dari Allah, bukankah Dia sebaik-baik perancang? Pasti ada hikmah di balik setiap yang berlaku.

Life is like connecting dots. We wouldn’t see the path if we look forwards, but if we look backwards, we’ll see it clearly. – Steve Jobs

Bagaimana menerima teguran?

  Jika ditegur, lihat apa yang diperkatakan, bukan siapa yang memperkatakan. Orang itu barangkali tidak sempurna, jika dicari, pasti terjumpa kesalahnnya. Kalau dipandang kesalahannya, susah kita nak dengar dan terima apa yang dia sampaikan. Kita dikurnia dua mata, satu untuk melihat kebaikan orang lain, satu lagi untuk melihat keburukan diri. Ada prinsip ini, in sha Allah mudah untuk terima teguran.

  Benar, kebenaran itu pahit. Lebih pahit dari ubat, namun  perlu dimakan sebagai ikhtiar untuk sembuh. Untuk melawan penyakit hati ini, telanlah kebenaran, in sha Allah sembuh.

Bagaimana membenci sesuatu?

  Kita manusia tidak terlepas dari perasaan benci. Tidak salah membenci andai kena pada caranya. Malah untuk sesetengah keadaan, perlu! Seperti bila terlihat kemungkaran.

  Untuk membenci sesuatu, jangan benci pada orangnya, benci hanya pada perbuatan salah yang dilakukan. Jika benci pada orangnya, semua yang dilihat padanya akan kelihatan salah. Ada je yang tak kena, jgn! Itu membusukkan lagi menggelapkan hati. Diulangi, benci hanya pada perbuatan salah, dan belajar memaafkan. Allah yang punya  seluruh kerajaan pun Maha Pengampun. Siapalah kita yang tak punya apa-apa untuk menyimpan dendam.

  Sebelum tidur, maafkan segala kesalahan orang lain, dan doa Allah campakkan kelembutan dalam hati orang yang kita berbuat salah untuk memaafkan kita.

Bersangka baik dengan Allah,
Bersangka baik dengan manusia.
Hidup akan sangat indah In sha Allah,
Tak kan kusut tak kan sia-sia :)

Wallahu a’lam.