Hari ni cikgu Baizura MC.
Demam agaknya. Ketua kelas, Fairuz turun cuba mendapatkan guru ganti untuk
subjek Geografi Tingkatan 5. Informasi pada papan maklumat yang terletak di
hadapan bilik guru cuba diterjemah. Jari telunjuknya ditekap, bergerak dari
atas ke bawah pada kaca cermin melapisi sehelai kertas tampalan. Paparan itu punya segenap barisan nama mata pelajaran,
kelas, nama guru yang tidak hadir sekali dengan nama guru pengganti. Jumpa! Ustaz
Shahrul Azmi, nama guru ganti.
Hmm Ustaz Shahrul,
Kelas kami belum pernah mendapat pendidikan langsung dari
beliau melalui sesuatu mata pelajaran khusus. Hanya sesekali mendengar
cerita-ceritanya di majlis perhimpunan. Orangnya hebat. Tiap kali berpetah,
semua mendengar; baik yang punya rekod cemerlang mahupun yang sedikit nakal.
Beliau sering berkongsi kisah2 teladan melalui tamsilan haiwan mahupun
tumbuhan. Antaranya kisah rambutan, tembikai, katak, rusa, dan banyak lagi. Ceritanya
menarik!
Ini kali pertama beliau akan ke kelas 5 Teknik 1. 40 orang
murid bilangan kelas kami. 40 jenis persepsi timbul mengenai beliau barangkali.
Fairuz pulang ke kelas diikuti Ustaz. Seusai salam dan doa
penerang hati dibaca, Ustaz mulakan bicara. Sedikit pengenalan ringkas
dikongsi. Apabila kian serasi, hah mulalah dia beraksi.
Diambilnya botol air kepunyaan Syaza, penolong kelas yang
duduk di kedudukan meja paling hadapan. Dijulang tinggi. Separa airnya.
“Apa yang anda nampak?” Tanyanya meminta respons.
“Botol.”
“Botol air Syaza.”
“Syaza dah minum separuh Ustaz!”
“Patutlah kembung je aku tengok.”
“Hahaha!”
Gelagat rakan2 sekelas.
Macam2 jawapan kami lontarkan, namun dia masih membuka ruang
suara, belum ada yang dapat memuaskan hati agaknya. Ahh susahlah, terlalu
subjektif.
Pabila tiada lagi jawapan dikemuka, gilirannya berkongsi.
“Melalui jawapan yang diberi, kita boleh nilai orang itu.”
Tuturnya.
“Orang yang bersifat negatif cenderung berkata,
‘Dah separuh
air takde.’
Manakala orang positif akan ckp,
‘Masih tinggal separuh lagi
air dalam botol.’ ”
Dahi kami berkerut. Cuba memahami analogi disaji.
“Orang yang kata dah habis separuh air cenderung lihat apa yang dah tak ada. Manakala orang
yang ckp ada separuh lagi air yg tinggal lebih terarah untuk lihat apa yang
ada.” Jelasnya, tahu kami memerlu pencerahan.
“Itulah tugas guru sebenarnya, dalam mendidik, guru perlu
lihat potensi apa yang ada pada murid, bukan hanya memandang kenakalan mereka.
Jika hanya itu yang dipandang, hanya itu yang dihukum, ditekan-tekan, dicungkil
sisi gelapnya seolah tiada harapan lagi, bagaimana murid tersebut ingin
menggunakan kelebihannya?”
Dia cuba merungkai perumpaan tersebut dari perspektif
dirinya- seorang guru. Barangkali suatu keluhan dari pandangan dunianya, barangkali juga suatu harapan yang hendak dibenihkan pada kami. Ia subjektif. Nak sangka baik dengan orang boleh. Nak hilang marah pada orang pun boleh. Bersyukur? lagi2 lah boleh.
Separuh takde Vs Separuh ada
Umumnya, untuk belajar menghargai, lihatlah apa yang ada
bukan yang tiada. Kita hidup penuh dengan angan2 dan keinginan mengejar apa
yang tiada, dunia utamanya. Hingga terkadang, kita tak perasan nikmatNya, lalu lupa
mengucap syukur atas apa yang dikurnia. Takut, yang dikejar tak dapat,
dikendong berciciran. Rugi!
Untuk perkara dunia, pandanglah dan bergaullah dengan orang
yang ‘kurang’ perkara tersebut dari kita. Jika punya sebuah kereta buruk,
pandanglah yang bermotosikal, terpaksa bertarung hujan, diselar panas. Jika
bermotosikal, lihatlah yang berbasikal, harus berkayuh peluh, menuntun naik.
Moga2 mudah bersyukur.
*Bukan ‘kurang’ itu bermaksud kurang bernasib baik. Tidak. Kan
orang miskin masuk syurga lebih awal dari yang kaya. Yang punya kemewahan berjagalah,
penghisaban berat menanti. Kaya dunia bukan nikmat, bahkan ujian.*
Untuk perkara akhirat pula, lihatlah ke atas. In sha Allah
rasa ghibtah(cemburu) datang, boleh lumba! :D
Perspektif
 |
'Different angle; different view' |
Kecenderungan kita merungkai sesuatu rasanya banyak
dipengaruhi dari mana sudut pandangan kita. Jika sesuatu benda itu bukan
kepunyaan kita, dan sesuatu berlaku padanya, kita tidak rasa apa2. Sebaliknya,
andai perkara itu kepunyaan kita, dan kita kehilangan perkara itu,
kecenderungan kita untuk bersedih sangat tinggi.
Mengapa bersedih?
Bukankah semua milik Allah?
Yakinkan diri semua yang kita ada hanya pinjaman. Wajarlah
sampai masa perlu dipulang. Semua rancangan kita yg tak jadi pun jgn diratapi,
mana nak dapat mengalahkan perancanganNya yang pasti lebih baik. Yakinlah,
Allah hendak memberi yang terbaik buat kita. Justeru, kehilangan perkara2
duniawi akan terasa kecil kehilangannya andai pengharapan pada janji akhirat
kita ajar diri untuk kita tanamkan.
Put your trust in Allah! -Fatimah Syarha ^^
Therefore,
lihat apa yang ada. Be positive! Always! :)
Kringgg! Rehat.
Wallahu A'lam